Friday, January 20, 2012

Sudah jatuh ditimpa tangga







Penghujung tahun 2011, meninggalkan kesan2 peristiwa pahit saje dlm hidupku. Namun aku redha. Pasrah dengan setiap ujian yang Allah beri. Setelah urusan pengebumian arwah ayah selesai pada 28/12/2011 tu, anakku Darwish pula diserang demam panas. Sampai lembik, tak bermaya tubuh Darwish. Risaukan hal itu, aku & suami segera bawa Darwish ke hospital selepas maghrib. Akhirnya dia dimasukkan ke dalam wad setelah disahkan terdapat jangkitan kuman dalam paru2 pula. ya Allah, inikah dugaanMu? aku sabar & sabar saje. Tak mahu jd ibu yang tak kuat. Malam pertama tahlil arwah ayah, aku pula berkampung dalam wad. Aku pasrah, yg penting Darwish cepat sembuh. Akhirnya Darwish discharge dari wad pada 31/12/2011. Betul aku kata kan, peristiwa hujung tahun 2011 yang sadis dalam hidupku. Alhamdulillah, Darwish dah beransur pulih.













No comments:

Post a Comment