Sunday, November 6, 2011

Ibadah Qurban 2011

Alhamdulillah. Selesai sudah kerja-kerjaku sebagai committe Qurban di UIAM. Sebagai staf masjid & sebagai committee tetap setiap tahun. Cuma dua tahun yg lepas aku memang tak join sebab aku tengah sarat menunggu masa nak bersalin & yg tahun kedua aku dalam berpantang. hemm hehehe aku bersalin berturut tahun, 2009 & 2010. Puteri yg sulung, putera yg kedua..alhamdulillah. Aku terlupa pula nak ambil sikit gambar2 suasana Qurban tadi. Aduhaiiii kalo tak, boleh upload sekali di sini. Takpe la, dpt menulis pun ok la. Sibuk sangat tadi sampai tak sempat nak candid ke ape..hehe..Anyway aku puas hati & seronok dpt sama2 menjayakan Qurban kali ni...

Monday, October 31, 2011

Usrah 1/11/2011



hemm pagi ni ada usrah anjuran pejabat aku..Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM. Pengisian selama satu jam sekali sebulan yg dicadangkan oleh pengarah yg baru kat pejabat aku sekarang ni. Alhamdulillah, cuma kaki kebas-kebas sebab duduk bersila. Aku memang tak tahan bersila lama-lama. Mula la kaki ni kebas.






Tuesday, September 13, 2011

kenapa lama tidak berblog?huhu













Actually, sejak iema batuk teruk ari tu, iema terus warded di Pantai Hospital..Tonsil menyerang, sampai nak nangis tahan sakit..Doktor belum suggest utk operate, hanya makan antibiotik & ubat kumur utk hilangkan sakit. Kira2 seminggu sebelum warded tu iema diserang sakit mata, sebelah mata je...Lepas tu warded lak sbb tonsil..Anakanda damia pun sakit mata teruk sampai jumpa pakar..Lepas keluar wad, iema diserang sakit mata lg sekali. Kali ni lebih teruk. Kedua2 belah mata & kali ni suami & baby Darwish turut kena. Paling teruk, iema la sampai bengkak2 mata. Akhirnya jumpa pakar juga setelah 2 minggu tak sembuh2. Lps dpt ubat dari pakar barulah beransur sembuh. Itulah kisahnya & skrg kami semua dah sihat. Cuma ada la sekali dua anak2 ni demam, batuk, selsema..

Inilah iema masa sakit mata ari tu:














Wednesday, July 13, 2011

Masih tak sihat


Teruknya dugaan kali ni. Masih juga tak sihat2 lg. Anak yang kecik tu pun sama tak sihat. Batukku semakin teruk. Dada jadi sakit, kepala sakit & badan terlalu letih. Malam2 tidur tersadai, lembik & longlai rasanya badan ni. Tersangat la "Exhausted"..Sejak tak sihat ni tidur dah mula mengigau je, meracau2. Camne leh jadi camni ye? Hari ni lak, dah mula selsema. Amatlah heavy selsema kali ni. Aduihhhh dugaan lagi.

Inilah aku yang tak berapa sihat ni. Sabar sabar, ujian kecil dariNya.

Monday, July 11, 2011

erkk rasa lega lak









ermmm hari ni batuk2 dengan gatal tekak memang masih kuat...Tapi setelah dok kemam gula2 ni, alhamdulillah, ada kurang sikit gatal2 tekak saya ni.



Sunday, July 10, 2011

Bila Rajin



hehe...walaupun tak sihat, tah apa la semangat rajin yang tetiba datang..Sempat gak wat Puding Roti ni..Senang je & simple kan? Tapi kalo malas, senang2 pun takkan buatnye..hik hik






Tak Sihat

Dah lama tak menulis di blog kesayanganku ini..ceewahhh..Sorry la kawan2 ye..Sebenarnya saya sekeluarga kerap tak sihat kebelakangan ini. Kerap demam, selsema & batuk2. Masa saya menulis ni pun tgh tak berapa sihat. Dengar citer orang, mmg musim skrg ni sbb cuaca tak brp elok. Paling tak tahan, kesian tgk baby Darwish tak sihat. Demam, selsema, batuk..Sampai meneran2 dia batuk (dlm sgt).. ya Allah, berilah kesembuhan & kesihatan pada kami sekeluarga. Aminn......

Thursday, June 23, 2011

Melangsingkan Badan


Cara betul untuk menghalang kegendutan dan melangsingkan badan

1) Jangan elak makan atau menggantikan diet makanan jenis kalori yang tersangat rendah.
Elak makan atau memilih jenis makanan berkalori tersangat rendah akan menjadikan badan anda terselaras dalam "mod simpanan". Kehilangan berat ini adalah semata-mata disebabkan oleh kebuluran, kehilangan air dan kesusutan otot. Selepas anda berhenti daripada diet tersebut, tisu adipos dalam badan anda akan menyimpan lebih lemak daripada sebelum dan lebih sukar untuk menghilangkan lemak badan pada masa akan datang.

2) Mengurangkan pengambilan gula/karbohidrat/minuman ringan/makanan jerat/makanan goreng
Kelebihan pengambilan karbohidrat dan makanan bergoreng akan mengakibatkan pengumpulan lemak terutamanya kepada mereka yang sering duduk dalam kehidupan harian. Gula dan karbohidrat pula akan ditukar menjadi lemak dan tersimpan dalam tisu adipos di bawah kulit anda.

3) Minum 8 gelas atau 3 liter air suam sehari
Air amat penting dalam penyingkiran toksik badan dan juga membantu pembakaran lemak dalam tisu adipos.

4) Tidur lena 6-8 jam sehari
Tidur yang berkualiti meregulasikan system hormon dan membantu dalam pembaikian tisu badan. Mereka yang mempunyai rehat yang mencukupi adalah lebih senang untuk menguruskan badan.

5) 2 jamuan buah-buahan dan sayuran hijau sehari
Buah-buahan dan sayur-sayuran membekalkan selulosa semula jadi bagi mengekalkan kesihatan usus dan kolon. Ia juga merupakan unsur utama vitamin dan garam mineral.

Wednesday, April 13, 2011

Keluargaku Sayang: Jomlah kita pakai baju longgar, Jomlah kita jaga a...

Keluargaku Sayang: Jomlah kita pakai baju longgar, Jomlah kita jaga a...: "Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Jumaat dan salam mahabbah untuk teman-teman semua. Apa khabar? Kakchik, alhamdulillah, sihat-siha..."

Tuesday, April 5, 2011

Pentingnya Mengambil Sarapan

haaaaa ramai yang nak berdiet kan? Saya pun begitu. Pada fikiran saya, diet camne sekalipun, sarapan jangan sesekali skip (tinggal). Sarapan penting untuk tenaga kita memulakan hari baru setiap hari. Cuma mungkin jika kita ingin berdiet, kita kawal saje dari segi pemakanan yang kita ambil tu. Tul tak?...

Monday, April 4, 2011

Bestnye

Huhu bestnye tengok kawan buat bisnes sendiri..Walau kecil-kecilan, lama2 nanti boleh jadi besar gak tu. Pertama kawan lama saya. Dulu bekas kawan serumah bujang2 & memang best friend la. Sekarang dah buat bisnes kedai makan dengan husband dia kat Machang. Siap dah ada branch lagi. Cantekkk... Bisnes dia ala2 fast food macam mcd tu. Kedua, kawan yang selalu datang ke pejabat ni. Kenal pun sejak saya transfer pejabat masjid ni. Dia memang suka masak & bisnes sana sini. Seronok tengok bisnes dia maju. Ada saje orang yang nak beli & tengok apa yang dia jual. Selalunya dia jual kek & kek2 yang dia buat memang sedap. Oh ye, ada sorang kawan sepejabat pun dah mula langkah baru. Tak lama lagi dah nak buka kedai sendiri. Kedai ala2 mini market & barangan Halal semuanya..Ermmm begitu la serba ringkasnya cerita mengenai bisnes kengkawan saya. Maybe ramai lagi, tapi yang ni saje yang saya ingat..huhu..Apapun moga mereka2 semua sukses dlm bisnes masing2. Saya lak camne? Tungguuuuuuu

Tuesday, February 15, 2011

Anak-anakku yg semakin membesar



Alhamdulillah, dikurniakan sepasang penyeri dalam rumahtangga ummi & abi sekarang. Buat masa ni nak membesarkan dua dak kecik ni dulu. Rest dulu la..hehehe.. Ummi nak cari ruang2 tambah pendapatan la dulu. Ni la gambar2 terkini diaorg..Sejuk mata memandang, sejuk lagi perutku yang mengandungkan mereka.


Monday, February 7, 2011

Letih

Hari ni saya rasa letih sangat, tak bermaya, mengantuk. Badan terlalu lemah. Kenapa ye? Sebenarnya setiap kali period, macam ni la pembawakan saya. Serba serbinya jadi malas. Cuma takde senggugut je. Dulu2 pernah ada senggugut. Sekejap2 rasa macam nak pitam juga ni. Hari kedua period. Badan terhuyung hayang. Aduhhhh adakah sang suami boleh faham keadaan saya ni? Betul2 tak larat wat keje rumah sebenarnya. Tapi kena juga kuatkan diri. Semua ni tak boleh mengelak dah. Inilah namanya bila sudah berumahtangga. Kena tolak kepentingan diri. Letih ke, tension ke, tak sihat ke, nak pitam sekalipun, kena tolak ke tepi. Semoga diri ini menjadi insan yang terus kuat & sabar menempuh hari ini yang mana tubuh terasa amat letih & lesu. Semua rasa ni kena lawan. Jika tak, camne la kan? Nama pun sudah kahwin & ada tambahan tanggungjawab. Be strong iema..

Friday, February 4, 2011

Think how to increase income




Ermm...Sekarang ni tengah berfikir2 cara nak tambah income. Maklum la, dok di bandar ni ekonomi tinggi. Perlu buat sesuatu selain makan gaji. Apakah bisnes yang sesuai ye? Adakah gambar2 ini boleh menjadi sumber inspirasi? Mungkin juga.. :)


Monday, January 24, 2011

Check up Damia

Tadi dah pergi Pusrawi untuk check up anakku damia. Jumpa pakar, sebab akhir2 ni dia kuat demam ON & OFF saje. Lepas tu mudah je muntah. Pergi klinik ambil ubat pun baik sekejap je demamnye. Selera makan pun kurang. Alhamdulillah, doktor kata semua ok. Doktor dah bagi ubat & nak tgk progress dia lak untuk next check up nanti. Kali terakhir dia demam kira2 seminggu yg lepas. Tengah2 malam naik panas, meragam je. Abi dia bawa ke hospital, ummi takleh nak ikut sebab adik masih kecil. Di hospital kena mandi ais. Sian anak ummi, nangis2. Lepas demam tu, timbul lak ruam2 satu badan dia. Satu lagi buat ummi & abi risau. Alhamdulillah, lepas bg air kelapa & sapu bedak sejuk, semua ok balik. Demam ruam halus2 ni, demam balun, org kata. Apa2 aje la. Janji anak ummi sihat semula.

Saturday, January 22, 2011

Bukit Tinggi











Alhamdulillah, dapat gak gi jalan2 ke Bukit Tinggi..Dekat sangat dari Selayang ni. Kalo nak relax2 sambil hirup udara segar & jauh dari kesibukan kota, mmg boleh sangat datang ke sini..








Tuesday, January 18, 2011

Dugaan

Rasa buntu sangat ketika ini. Tuhan beri ujian yg harus kutempuhi dengan penuh kesabaran & harus mencari jalan keluar dari masalah ini. ya Allah, berilah aku petunjuk.