Thursday, June 23, 2011

Melangsingkan Badan


Cara betul untuk menghalang kegendutan dan melangsingkan badan

1) Jangan elak makan atau menggantikan diet makanan jenis kalori yang tersangat rendah.
Elak makan atau memilih jenis makanan berkalori tersangat rendah akan menjadikan badan anda terselaras dalam "mod simpanan". Kehilangan berat ini adalah semata-mata disebabkan oleh kebuluran, kehilangan air dan kesusutan otot. Selepas anda berhenti daripada diet tersebut, tisu adipos dalam badan anda akan menyimpan lebih lemak daripada sebelum dan lebih sukar untuk menghilangkan lemak badan pada masa akan datang.

2) Mengurangkan pengambilan gula/karbohidrat/minuman ringan/makanan jerat/makanan goreng
Kelebihan pengambilan karbohidrat dan makanan bergoreng akan mengakibatkan pengumpulan lemak terutamanya kepada mereka yang sering duduk dalam kehidupan harian. Gula dan karbohidrat pula akan ditukar menjadi lemak dan tersimpan dalam tisu adipos di bawah kulit anda.

3) Minum 8 gelas atau 3 liter air suam sehari
Air amat penting dalam penyingkiran toksik badan dan juga membantu pembakaran lemak dalam tisu adipos.

4) Tidur lena 6-8 jam sehari
Tidur yang berkualiti meregulasikan system hormon dan membantu dalam pembaikian tisu badan. Mereka yang mempunyai rehat yang mencukupi adalah lebih senang untuk menguruskan badan.

5) 2 jamuan buah-buahan dan sayuran hijau sehari
Buah-buahan dan sayur-sayuran membekalkan selulosa semula jadi bagi mengekalkan kesihatan usus dan kolon. Ia juga merupakan unsur utama vitamin dan garam mineral.

No comments:

Post a Comment