Wednesday, March 7, 2012

Transfer

Alhamdulillah, akhirnya permohonanku untuk transfer Department diluluskan juga. Bukan aku tak sayang dengan pejabat yang sekarang ni. Tapi Tuhan aje yang tahu. Perit pedih yang aku tanggung sepanjang bekerja di pejabat sekarang ni. Aku tak nafikan, walaupun aku transfer, masalah tetap ada di mana2. Aku tahu semua tu. Namun, setidak2nya aku dapat menimba pengalaman baru di pejabat yang baru. Biarlah, susah senang aku tanggung juga. Seperti di pejabat sekarang ni, selama 6 tahun aku pertahankan kesabaran & juraian air mata yang sudah banyak aku titiskan selama di sini. Sudah kufikirkan masak2, maka aku nekad transfer juga walau apa terjadi.

Semuanya bermula dengan satu peristiwa. Permulaannya aku cuti panjang sebab ayah mertua aku meninggal akhir Desember 2011 (kebetulan anakku masuk wad di kg juga), pastu penghujung bulan Januari 2012 sehingga awal Februari 2012 lak, sekali lagi anakku Darwish dikejarkan ke hospital (Warded again), makanya aku cuti lagi...Selepas tu aku lak jatuh sakit & MC. Oleh kerana peristiwa2 inilah, aku telah ditegur oleh pegawai atasan yang baru saje kerja di pejabatku. Cara teguran yang tidak sepatutnya bagi aku.

Waktu tu, jam 5 lebih & aku mahu pulang. Dalam hati berbunga riang cadang nak masak untuk suami malam tu. Tapi hatiku jadi hancur pastu. Kenapa?meh aku nak cerita. Sebelum aku nak melangkah je keluar dari pintu pejabat, pegawai baru tu tegur aku "haa esok jangan nak cuti2 pulak, jangan nak MC2 pulak".. Pastu aku jawab la. Saya cuti & MC baru2 ni bersebab & keadaan memang perlu sangat. Saya nak wat cmne, anak saya masuk wad? pastu saya MC sbb pastu saya pun tak sihat. Semua tu perlu & bukan saje2 saya nak cuti. Pastu boleh pegawai tu jawab, "Boleh Tak Awak Kurangkan Keperluan Awak Tu?"...huhhhhh ayat yang menyengat bagi saya & tiada timbang rasa dari seorang pegawai atasan. Hati aku memang hancur masa tu, sedih sangat. Semua yang aku plan malam tu nak masak semua tak menjadi. Nasib suami memahami & malam tu dia yang masak. Aku dah termenung & sesekali menitis air mataku. Bermula dari peristiwa itulah aku nekad untuk minta transfer lg sekali. Akhirnya, doaku ini dimakbulkan Allah SWT. Dia yang maha mendengar doa2 insan yang teraniaya. Kalau nak cerita kisah2 aku teraniaya dengan para pegawai ni memang banyak. Tapi biarlah, aku jadikan pengalaman yang mengajar aku untuk terus bangun.