Friday, January 20, 2012

Arwah ayah mertua dalam kenangan




Innalillahiwainnailaihirojiun...Pemergian ayah mertuaku pada 28/12/2011, masih terkesan lagi dalam hatiku hingga hari ini. Aku sentiasa teringat kat ayah. Tak tahu kenapa? Walaupun dia hanyalah ayah mertua, tp dia adalah ayah kandung suamiku. Ayah, walau kau telah tiada, kami sentiasa mendoakan kesejahteraan ayah di sana, diiringi dgn hadiah ayat2 suci Al-Quran buatmu di sana. Aku sentiasa ingat, bahawa salah satu peninggalan kita bila kita sudah meninggal adalah anak2 yg soleh & solehah. Maka, sudah tentu ayah juga perlukan itu. Selagi hayat dikandung badan, insya Allah kuhadiahkan selalu buatmu ayah...Moga ayah tenang di sana...Bersama ini ku lampirkan gambar kenangan arwah ayah semasa hari pernikahanku di kampungku di Perak.



No comments:

Post a Comment