Wednesday, July 13, 2011

Masih tak sihat


Teruknya dugaan kali ni. Masih juga tak sihat2 lg. Anak yang kecik tu pun sama tak sihat. Batukku semakin teruk. Dada jadi sakit, kepala sakit & badan terlalu letih. Malam2 tidur tersadai, lembik & longlai rasanya badan ni. Tersangat la "Exhausted"..Sejak tak sihat ni tidur dah mula mengigau je, meracau2. Camne leh jadi camni ye? Hari ni lak, dah mula selsema. Amatlah heavy selsema kali ni. Aduihhhh dugaan lagi.

Inilah aku yang tak berapa sihat ni. Sabar sabar, ujian kecil dariNya.

Monday, July 11, 2011

erkk rasa lega lak









ermmm hari ni batuk2 dengan gatal tekak memang masih kuat...Tapi setelah dok kemam gula2 ni, alhamdulillah, ada kurang sikit gatal2 tekak saya ni.



Sunday, July 10, 2011

Bila Rajin



hehe...walaupun tak sihat, tah apa la semangat rajin yang tetiba datang..Sempat gak wat Puding Roti ni..Senang je & simple kan? Tapi kalo malas, senang2 pun takkan buatnye..hik hik






Tak Sihat

Dah lama tak menulis di blog kesayanganku ini..ceewahhh..Sorry la kawan2 ye..Sebenarnya saya sekeluarga kerap tak sihat kebelakangan ini. Kerap demam, selsema & batuk2. Masa saya menulis ni pun tgh tak berapa sihat. Dengar citer orang, mmg musim skrg ni sbb cuaca tak brp elok. Paling tak tahan, kesian tgk baby Darwish tak sihat. Demam, selsema, batuk..Sampai meneran2 dia batuk (dlm sgt).. ya Allah, berilah kesembuhan & kesihatan pada kami sekeluarga. Aminn......

Thursday, June 23, 2011

Melangsingkan Badan


Cara betul untuk menghalang kegendutan dan melangsingkan badan

1) Jangan elak makan atau menggantikan diet makanan jenis kalori yang tersangat rendah.
Elak makan atau memilih jenis makanan berkalori tersangat rendah akan menjadikan badan anda terselaras dalam "mod simpanan". Kehilangan berat ini adalah semata-mata disebabkan oleh kebuluran, kehilangan air dan kesusutan otot. Selepas anda berhenti daripada diet tersebut, tisu adipos dalam badan anda akan menyimpan lebih lemak daripada sebelum dan lebih sukar untuk menghilangkan lemak badan pada masa akan datang.

2) Mengurangkan pengambilan gula/karbohidrat/minuman ringan/makanan jerat/makanan goreng
Kelebihan pengambilan karbohidrat dan makanan bergoreng akan mengakibatkan pengumpulan lemak terutamanya kepada mereka yang sering duduk dalam kehidupan harian. Gula dan karbohidrat pula akan ditukar menjadi lemak dan tersimpan dalam tisu adipos di bawah kulit anda.

3) Minum 8 gelas atau 3 liter air suam sehari
Air amat penting dalam penyingkiran toksik badan dan juga membantu pembakaran lemak dalam tisu adipos.

4) Tidur lena 6-8 jam sehari
Tidur yang berkualiti meregulasikan system hormon dan membantu dalam pembaikian tisu badan. Mereka yang mempunyai rehat yang mencukupi adalah lebih senang untuk menguruskan badan.

5) 2 jamuan buah-buahan dan sayuran hijau sehari
Buah-buahan dan sayur-sayuran membekalkan selulosa semula jadi bagi mengekalkan kesihatan usus dan kolon. Ia juga merupakan unsur utama vitamin dan garam mineral.

Wednesday, April 13, 2011

Keluargaku Sayang: Jomlah kita pakai baju longgar, Jomlah kita jaga a...

Keluargaku Sayang: Jomlah kita pakai baju longgar, Jomlah kita jaga a...: "Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Jumaat dan salam mahabbah untuk teman-teman semua. Apa khabar? Kakchik, alhamdulillah, sihat-siha..."