Innalillahiwainnailaihirojiun...Pemergian ayah mertuaku pada 28/12/2011, masih terkesan lagi dalam hatiku hingga hari ini. Aku sentiasa teringat kat ayah. Tak tahu kenapa? Walaupun dia hanyalah ayah mertua, tp dia adalah ayah kandung suamiku. Ayah, walau kau telah tiada, kami sentiasa mendoakan kesejahteraan ayah di sana, diiringi dgn hadiah ayat2 suci Al-Quran buatmu di sana. Aku sentiasa ingat, bahawa salah satu peninggalan kita bila kita sudah meninggal adalah anak2 yg soleh & solehah. Maka, sudah tentu ayah juga perlukan itu. Selagi hayat dikandung badan, insya Allah kuhadiahkan selalu buatmu ayah...Moga ayah tenang di sana...Bersama ini ku lampirkan gambar kenangan arwah ayah semasa hari pernikahanku di kampungku di Perak.
Adakalanya memori kehidupan kita rasa manis, seronok, gembira sangat. Namun adakalanya ia jadi hambar, sedih & pahit. Itulah rencah kehidupan kita. Semuanya perlu ditempuhi dengan kekuatan & kesabaran yang kuat. Moga diriku terus tabah.
Friday, January 20, 2012
Sunday, November 6, 2011
Ibadah Qurban 2011
Alhamdulillah. Selesai sudah kerja-kerjaku sebagai committe Qurban di UIAM. Sebagai staf masjid & sebagai committee tetap setiap tahun. Cuma dua tahun yg lepas aku memang tak join sebab aku tengah sarat menunggu masa nak bersalin & yg tahun kedua aku dalam berpantang. hemm hehehe aku bersalin berturut tahun, 2009 & 2010. Puteri yg sulung, putera yg kedua..alhamdulillah. Aku terlupa pula nak ambil sikit gambar2 suasana Qurban tadi. Aduhaiiii kalo tak, boleh upload sekali di sini. Takpe la, dpt menulis pun ok la. Sibuk sangat tadi sampai tak sempat nak candid ke ape..hehe..Anyway aku puas hati & seronok dpt sama2 menjayakan Qurban kali ni...
Monday, October 31, 2011
Usrah 1/11/2011

hemm pagi ni ada usrah anjuran pejabat aku..Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, UIAM. Pengisian selama satu jam sekali sebulan yg dicadangkan oleh pengarah yg baru kat pejabat aku sekarang ni. Alhamdulillah, cuma kaki kebas-kebas sebab duduk bersila. Aku memang tak tahan bersila lama-lama. Mula la kaki ni kebas.
Tuesday, September 13, 2011
kenapa lama tidak berblog?huhu



Actually, sejak iema batuk teruk ari tu, iema terus warded di Pantai Hospital..Tonsil menyerang, sampai nak nangis tahan sakit..Doktor belum suggest utk operate, hanya makan antibiotik & ubat kumur utk hilangkan sakit. Kira2 seminggu sebelum warded tu iema diserang sakit mata, sebelah mata je...Lepas tu warded lak sbb tonsil..Anakanda damia pun sakit mata teruk sampai jumpa pakar..Lepas keluar wad, iema diserang sakit mata lg sekali. Kali ni lebih teruk. Kedua2 belah mata & kali ni suami & baby Darwish turut kena. Paling teruk, iema la sampai bengkak2 mata. Akhirnya jumpa pakar juga setelah 2 minggu tak sembuh2. Lps dpt ubat dari pakar barulah beransur sembuh. Itulah kisahnya & skrg kami semua dah sihat. Cuma ada la sekali dua anak2 ni demam, batuk, selsema..
Inilah iema masa sakit mata ari tu:
Inilah iema masa sakit mata ari tu:
Wednesday, July 13, 2011
Masih tak sihat

Teruknya dugaan kali ni. Masih juga tak sihat2 lg. Anak yang kecik tu pun sama tak sihat. Batukku semakin teruk. Dada jadi sakit, kepala sakit & badan terlalu letih. Malam2 tidur tersadai, lembik & longlai rasanya badan ni. Tersangat la "Exhausted"..Sejak tak sihat ni tidur dah mula mengigau je, meracau2. Camne leh jadi camni ye? Hari ni lak, dah mula selsema. Amatlah heavy selsema kali ni. Aduihhhh dugaan lagi.
Inilah aku yang tak berapa sihat ni. Sabar sabar, ujian kecil dariNya.
Monday, July 11, 2011
erkk rasa lega lak
Sunday, July 10, 2011
Bila Rajin
Subscribe to:
Posts (Atom)


