Sunday, July 10, 2011

Tak Sihat

Dah lama tak menulis di blog kesayanganku ini..ceewahhh..Sorry la kawan2 ye..Sebenarnya saya sekeluarga kerap tak sihat kebelakangan ini. Kerap demam, selsema & batuk2. Masa saya menulis ni pun tgh tak berapa sihat. Dengar citer orang, mmg musim skrg ni sbb cuaca tak brp elok. Paling tak tahan, kesian tgk baby Darwish tak sihat. Demam, selsema, batuk..Sampai meneran2 dia batuk (dlm sgt).. ya Allah, berilah kesembuhan & kesihatan pada kami sekeluarga. Aminn......

Thursday, June 23, 2011

Melangsingkan Badan


Cara betul untuk menghalang kegendutan dan melangsingkan badan

1) Jangan elak makan atau menggantikan diet makanan jenis kalori yang tersangat rendah.
Elak makan atau memilih jenis makanan berkalori tersangat rendah akan menjadikan badan anda terselaras dalam "mod simpanan". Kehilangan berat ini adalah semata-mata disebabkan oleh kebuluran, kehilangan air dan kesusutan otot. Selepas anda berhenti daripada diet tersebut, tisu adipos dalam badan anda akan menyimpan lebih lemak daripada sebelum dan lebih sukar untuk menghilangkan lemak badan pada masa akan datang.

2) Mengurangkan pengambilan gula/karbohidrat/minuman ringan/makanan jerat/makanan goreng
Kelebihan pengambilan karbohidrat dan makanan bergoreng akan mengakibatkan pengumpulan lemak terutamanya kepada mereka yang sering duduk dalam kehidupan harian. Gula dan karbohidrat pula akan ditukar menjadi lemak dan tersimpan dalam tisu adipos di bawah kulit anda.

3) Minum 8 gelas atau 3 liter air suam sehari
Air amat penting dalam penyingkiran toksik badan dan juga membantu pembakaran lemak dalam tisu adipos.

4) Tidur lena 6-8 jam sehari
Tidur yang berkualiti meregulasikan system hormon dan membantu dalam pembaikian tisu badan. Mereka yang mempunyai rehat yang mencukupi adalah lebih senang untuk menguruskan badan.

5) 2 jamuan buah-buahan dan sayuran hijau sehari
Buah-buahan dan sayur-sayuran membekalkan selulosa semula jadi bagi mengekalkan kesihatan usus dan kolon. Ia juga merupakan unsur utama vitamin dan garam mineral.

Wednesday, April 13, 2011

Keluargaku Sayang: Jomlah kita pakai baju longgar, Jomlah kita jaga a...

Keluargaku Sayang: Jomlah kita pakai baju longgar, Jomlah kita jaga a...: "Assalamualaikum dan salam sejahtera. Salam Jumaat dan salam mahabbah untuk teman-teman semua. Apa khabar? Kakchik, alhamdulillah, sihat-siha..."

Tuesday, April 5, 2011

Pentingnya Mengambil Sarapan

haaaaa ramai yang nak berdiet kan? Saya pun begitu. Pada fikiran saya, diet camne sekalipun, sarapan jangan sesekali skip (tinggal). Sarapan penting untuk tenaga kita memulakan hari baru setiap hari. Cuma mungkin jika kita ingin berdiet, kita kawal saje dari segi pemakanan yang kita ambil tu. Tul tak?...

Monday, April 4, 2011

Bestnye

Huhu bestnye tengok kawan buat bisnes sendiri..Walau kecil-kecilan, lama2 nanti boleh jadi besar gak tu. Pertama kawan lama saya. Dulu bekas kawan serumah bujang2 & memang best friend la. Sekarang dah buat bisnes kedai makan dengan husband dia kat Machang. Siap dah ada branch lagi. Cantekkk... Bisnes dia ala2 fast food macam mcd tu. Kedua, kawan yang selalu datang ke pejabat ni. Kenal pun sejak saya transfer pejabat masjid ni. Dia memang suka masak & bisnes sana sini. Seronok tengok bisnes dia maju. Ada saje orang yang nak beli & tengok apa yang dia jual. Selalunya dia jual kek & kek2 yang dia buat memang sedap. Oh ye, ada sorang kawan sepejabat pun dah mula langkah baru. Tak lama lagi dah nak buka kedai sendiri. Kedai ala2 mini market & barangan Halal semuanya..Ermmm begitu la serba ringkasnya cerita mengenai bisnes kengkawan saya. Maybe ramai lagi, tapi yang ni saje yang saya ingat..huhu..Apapun moga mereka2 semua sukses dlm bisnes masing2. Saya lak camne? Tungguuuuuuu