Monday, January 24, 2011

Check up Damia

Tadi dah pergi Pusrawi untuk check up anakku damia. Jumpa pakar, sebab akhir2 ni dia kuat demam ON & OFF saje. Lepas tu mudah je muntah. Pergi klinik ambil ubat pun baik sekejap je demamnye. Selera makan pun kurang. Alhamdulillah, doktor kata semua ok. Doktor dah bagi ubat & nak tgk progress dia lak untuk next check up nanti. Kali terakhir dia demam kira2 seminggu yg lepas. Tengah2 malam naik panas, meragam je. Abi dia bawa ke hospital, ummi takleh nak ikut sebab adik masih kecil. Di hospital kena mandi ais. Sian anak ummi, nangis2. Lepas demam tu, timbul lak ruam2 satu badan dia. Satu lagi buat ummi & abi risau. Alhamdulillah, lepas bg air kelapa & sapu bedak sejuk, semua ok balik. Demam ruam halus2 ni, demam balun, org kata. Apa2 aje la. Janji anak ummi sihat semula.

Saturday, January 22, 2011

Bukit Tinggi











Alhamdulillah, dapat gak gi jalan2 ke Bukit Tinggi..Dekat sangat dari Selayang ni. Kalo nak relax2 sambil hirup udara segar & jauh dari kesibukan kota, mmg boleh sangat datang ke sini..








Tuesday, January 18, 2011

Dugaan

Rasa buntu sangat ketika ini. Tuhan beri ujian yg harus kutempuhi dengan penuh kesabaran & harus mencari jalan keluar dari masalah ini. ya Allah, berilah aku petunjuk.

Saturday, December 25, 2010

Tension

Astaghfirullah..Sejak malam semalam sehingga hari ni hati saya betul2 tak tenang. Tension memanjang. Kenapa? Sebab utamanya, hati ni terasa kosong sebab style kerja abang yg jarang ada di rumah. Tambahan pula sekarang ni isi rumah dah bertambah seorang lagi. Saya keseorangan nak handle anak2 terutamanya. Apalagi masih dalam pantang. Sabar tu memang la sabar, namun adat la kan, hati & perasaan mana boleh nak tipu. Ni bukan kali pertama saya tension sebab perkara macam ni. Memang dah lama sabar dengan suasana begini. Nak wat camne, dah kerja abg camtu. Cuma kadang2 tu saya tak puas hati sebab abg kena kerja tiba2, (on call).. Mula la saya moody dibuatnye.

Monday, December 13, 2010

Episod baru

Malam ni bermula la episod baru. Husband mula bekerja setelah lama bercuti jaga saya dalam pantang. Bermakna, mula la juga saya menjaga Damia & Darwish malam2 tanpa husband di sisi. Sebelum2 ni jaga Damia je. Skrg bertambah sorang lagi. Cabaran pertama nak jaga dua anak kecil ni..hehe. Kebetulan malam ni Yong sekeluarga ada di sini. Jadi tak la berat sangat saya sorang2. Lepas2 ni kena la sendiri.

Detik2 Kelahiran Darwish

Pada 23/11/2010, saya masih lagi aktif berjalan. Tiap2 hari saya memang suka exercise jalan kaki. Pasti husband akan bawa ke mana2 untuk berjalan2. Apa yang pasti, area yang dekat2 dengan hospital & mudah untuk ke hospital jika kecemasan. Pada tarikh ni sudah mula keluar tanda2 lendir putih. Hati ni terasa firasat seolah2 dah tak lama lagi saya akan bersalin.

Keesokannya 24/11/2010, sekitar jam 9 pagi, keluar tanda darah + lendir pula. Dapat saya rasakan, hari ni atau selewat2nya esok mesti dah nak bersalin ni. Saya & husband get ready, siap2 je apa yang patut. Saya tak mahu pergi ke hospital lagi. Sakit2 & kontraksi pun tiada lagi. Tunggu punya tunggu, sampai petang tak sakit2. Darah + lendir ada keluar sikit2. Akhirnya lewat petang tu saya mengajak husband untuk terus sahaja ke hospital, walaupun tiada rasa sakit. Sebelum tu hantar Damia ke rumah pengasuh dahulu. Sampai saja di hospital, saya tak daftar lagi. Terus ajak husband pergi cafe. Hehe kelakar bila teringat saat ni. Banyaknya saya makan. Nasi, lauk daging, sayur keladi, kuih tiga biji, nescafe panas & sempat gak makan coklat. Semuanya habis dimakan. Lepas dah makan, tak juga pergi daftar lagi. Ajak husband bawa jalan2 dalam hospital dulu. Konon2 nak bagi senang buka jalan..heee. Bila dah terasa penat sangat, barulah ajak husband pergi kecemasan. Saya terus disorong ke Labour Room. Time ni relek je, tak berdebar2 lak. Rela je agaknya, yang penting cepat2 bersalin. Sampai je di LR, saya dimasukkan ke wad menunggu untuk check kontraksi. Tapi kontraksi tiada. Lepas tu, nurse check bukaan jalan. Fuhh sudah 3cm, tapi tanpa kontraksi. Memang pelik. Berbeza sekali pengalaman pertama dahulu. Masa tu 1cm pun dah menggedik2 sakitnya. Akhirnya doktor mengarahkan saya dimasukkan ke bilik bersalin. Time ni baru la terasa debarannya, walau tanpa sakit.

Dipendekkan cerita, akhirnya saya bersalin awal pagi 25/11/2010 tu juga. Alhamdulillah, bersalin kali ni dipermudahkan. Hanya beberapa kali teran sahaja, Darwish selamat dilahirkan. Sakit kontraksi pun tak lama & tak teruk sangat. Syukur pada Allah SWT. Muhammad Darwish Irfan, selamat dilahirkan pada jam 1.07 pagi, hari Khamis, 3.06kg secara normal, di Hospital Pakar Ampang Puteri. Terima kasih pada nurse2 yang terlibat sepanjang tempoh saya bersalin & berada di wad. Terima kasih juga pada doktor yang menyambut Darwish, Dato' Dr. Ashar Abdullah.

KPJ Ampang Puteri Specialist Hospital

Monday, November 1, 2010

Semakin sarat

Kandungan saya sudah pun masuk 35 minggu. Makin hari makin sarat rasanya. Semput, lelah, keputihan, semua ada. Frust betul dah apply Unpaid Leave tapi terpaksa batalkan sebab permintaan officer kat pejabat. Padahal cuti tu dah lulus pun kat MSD. Cdgnye nak ambil cuti tu & take rest sikit, sebab saya selalu lelah & sakit tulang punggung sangat2. MC mmg banyak dah. Nangis gak la sebab cuti terpaksa batal tu. Apapun, saya bangun semula & think +ve untuk diri sendiri. Biar la insan2 yang tak memahami tu. Hari ni hari saya kena camni. Takde sape yang akan faham selagi dirinya sendiri tak mengalami. So, sabar aje la.