Wednesday, April 4, 2012

Pemergian Ibu Mertuaku



16 Mac 2012, sekali lagi aku dikejutkan dengan berita sedih. Pemergian ibu mertuaku ke rahmatullah pula, setelah genap 80 hari arwah ayah mertuaku meninggal. Terkilan di hati sebab aku tak dapat balik ke Kelantan ketika itu. Suamiku sudahpun pulang malam sebelum tu seorang diri (masa mek sakit). Mulanya nak tumpang siapa2 yang nak balik. Tapi takde rezeki nampaknya aku & anak-anak nak balik ke kampung. Apakan daya, terpaksa simpan rasa terkilan tu & aku gantikan dengan bacaan yasin, al-quran & aku minta pihak pejabat masjid di tempat kerjaku untuk menyelitkan doa khas buatnya selepas solat jumaat hari tu. Bersama ini kulampirkan gambar kenangan bersama arwah mek semasa majlis pernikahanku. Dalam gambar tu mek di sebelah aku, yang sebelah husband tu mak aku sendiri. Al-Fatihah untuk arwah mek...

No comments:

Post a Comment