Thursday, September 23, 2010

Result 2nd pregnancy




Ni la gambar2 upt untuk 2nd pregnancy.. Tiga kali ku buat..hehe sampai beli yg leh tunjuk + or - tu.. Tak caye lg ke saya ni? anyway alhamdulillah. Syukur sgt. Cuma permulaan tu saya mengalami demam yg teruk selama dua minggu.

2nd pregnancy



Sekarang saya sedang sarat pula mengandungkan anak kedua. Damia bakal jadi kakak la. Ramai terkejut "ekspres". Hehe apa2 pun mmg saya dah plan awal2 nak sorang lg then baru nak jarak. Umur pun dah masuk angka 30an. EDD untuk 2nd ni pada 8/12/2010 pula. Tak pasti la nanti dia kuar brp hb lak?hehe sbb kakaknye memang awal 2 minggu dari tarikh. Berbeza sangat mengandung kali ni. Alahan pun kurang. Cuma biasa la, letih2 & sakit pinggang. Bila dah masuk 7 bulan ni selera makan naik lak. Cuma tak berapa selera makan nasi. Amik nasi sikit je. Lebih kpd makanan2 lain drp nasi. Buah2 pun suka. Cuma kali ni tak suka buah2 masam atau makan yg masam2 sgt.

Seperkara je yang saya agak kecewa la ngan kata2 sesetengah orang sekeliling. Ramai yg mengutuk sebab cepat sangat lekatnye. Nanti anak sulung tak cukup kasih sayang. Kesian ngan anak ko yg tu nanti. Citttttt apa daaaa orang2 yg mulut camni? Akal tak panjang..heheh kasih sayang bergantung pada kita. Lambat atau cepat lekat, bukan persoalan. Hemmm saya wat pekak je la.

Kelahiran anak pertamaku, 'Damia'



Alhamdulillah. Setelah melalui macam2 dugaan sepanjang mengandung pertama ni, akhirnya saya selamat juga melahirkan seorang anak perempuan. Diberi nama Nur Khairina Damia binti Khairil Anuar. Damia lahir di Gombak Medical Centre pada 1/12/2009, jam 5.25 petang, normal & berat 3.3kg. Lama juga berperang menanggung sakit bersalin. Pecah ketuban di rumah jam 7 pagi lg. Apa2pun, semua dah selamat. Damia pun dah besar skrg. Hehee




Wednesday, September 15, 2010

Kejutan 1st pregnancy




Tanggal 6 April 2009, saya tergerak hati untuk membuat sendiri upt test di rumah. Mula2 minta kebenaran husband dulu. Tapi husband dah tak kisah, sebab saya memang boleh dikatakan tiap2 bulan asik buat upt je. Excited sangat tak sabar nak anak masa tu. Selalu buat & -ve, sebab tu husband pun dah tak kisah (tak excited). Masa tu lebih kurang jam 10 malam. Orang kata elok buat pagi2. Tapi saya dah tak sabar. Hehehe.. Nak dijadikan cerita, surpriseeeeee macam tak percaya je tengok naik 2 line.. Mula2 tak kuar lagi line kedua tu. Tapi saya suka tunggu & memang mengejutkan. Saya masa tu masih kat toilet, menjerit panggil husband (masa tu husband tengah mengadap komputer).. Apalagi, husband punye lari & dia kata dah jangka mesti +ve.. Husband pun macam terharu sangat & ucapkan terima kasih sambil memelukku (ceewahhh ). Alhamdulillah, syukur sangat..Keesokan paginya, jam 4 pagi saya buat upt sekali lagi & dua2 line memang naik serentak (terang benderang gitu).. Setahun lebih kami menanti, akhirnya Tuhan kabulkan juga permintaan kami.




Tuesday, September 14, 2010

Kerja seorang di pejabat & mula fikir macam2..huhu

Hari ni saya keseorangan bekerja di pejabat. Kawan2 masih seronok bercuti raya nampaknye. Apakan daya, kena kerja juga la. Husband tak cuti raya tahun ni. Lagipun katanya, nak simpan cuti untuk saya bersalin bulan Disember 2010 ni nanti. Kadang2 tu kesian tengok anak kena tinggal kat pengasuh. Tapi kerja perlu diteruskan juga. Harap2 anak2 ummi & abi jadi anak yang kuat semangat k. Sesekali terfikir juga bagaimana cara nak tambah pendapatan saya & suami? ekonomi di rumah tengah gawat ni. Moga Allah beri petunjuk pada kami..Mudah2an ada rezeki anak2 nanti..Sabar itu kan separuh daripada iman? Cuma kita sebagai hambaNya perlulah teruskan usaha dalam meneruskan hidup ni.

Monday, September 13, 2010

Perasmian blog baru

Bismillahirrahmanirrahim...
Berjaya juga buka blog baru, dengan semangat baru & cerita2 terbaru..